Andai aku sudah tiada,
jangan risau, aku ttp ada dari jauh
walaupun bukan di sisi..
Andai aku sudah tiada,
jangan sedih kerana
kau tetap berada dalam doaku..
Andai aku sudah tiada,
Aku bersyukur kerana kita dipertemukan
walaupun bukan untuk selamanya
Andai aku sudah tiada,
jangan gusar kerana
ada yang lebih baik menunggu
Andai aku sudah tiada,
jangan gusar kerana
aku masih menyinta
walaupun dari jauh..
Andai aku sudah tiada,
Doakan yang terbaik untuk aku
kerana aku jua merinduimu..
Andai aku sudah tiada,
bermaksud aku sudah tidak punya kekuatan
untuk bertahan
Andai aku sudah tiada,
bermakna asa aku sudah tiada
kerana kau lebih layak dengan yang lain
Andai aku sudah tiada,
bermakna aku tidak mampu menggapaimu
kau terlalu tinggi
Andai aku sudah tiada,
kau senyumlah kerana
Allah berikan peluang untuk kau
berubah menjadi lebih baik
Andai aku sudah tiada,
aku sudah puas dan penat mencuba
tapi bukan rezekiku
Andai aku sudah tiada,
aku tidak akan menoleh kebelakang lagi
kerana kau layak dengan yang lebih baik dari aku.
Andai aku sudah tiada,
maafkan aku, aku sudah tidak berdaya.
Andai aku sudah tiada,
perlu redha jika takdir memisahkan
semoga tiada yang tersakiti
Tetapi..
Andai jodoh kita.
berpisah kan bersatu jua akhirnya
untuk selama-lamanya.
Ajal, maut, dan jodoh di tangan Allah..
Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita.
Amin..
No comments:
Post a Comment