Friday, 30 May 2014

Dunia Itu Bulat

Kau sedar tak apa yg kau dh buat? kau tau tak yang sakitnya aku? kau x cukup lg ke nak sakitkan hati aku? kau cuma perlu ingat. dunia tu mmg bulat, kau buat kau dapat.
Aku tersangat marah dan kecewa dgn kau hanya kerana kau manusia yg tak tahu nk buat apa yg kau cakap..
kau cuma tahu berjanji
kau janji dengan aku kau nak jadi kawan yg baik utk kamu.
at the end, kau tipu
kau layan aku lg teruk dari stranger
kau tau tak aku sakit dilayan macam nie?
pernah kau bygkan kau kat tempat aku?
SAKIT
tapi tak apa..
Allah tu maha ADIL
sekarang hari aku
kau tunggu hari kau
baru kau tahu rasa
xpe hati BERSABAR
hujan hari nie
esok belum tentu masih hujan
kerana PELANGI tgh tggu giliran untuk munculkan diri.
LA TAHZAN

Monday, 24 March 2014

kuat.

Walau hati remuk sekali pun harap hati ini terus kuat kerana Allah lebih tau apa yg DIA rancangkan. harap hati ini tabah. setabah dari dulu,ini bukan kali pertama tapi berharap ini kali terakhir. aku perlu redha. aku perlu kuat, aku perlu tabah kerana banyak lagi bakal aku hadapi. aku redha kalau ini jalan pengakhirnya kerana setiap permulaan terdapat pengakhiran. aku perlu terima. aku tau aku tak kan mampu jadi yg terbaik. kerana setiap yg berlaku adalah takdir. permulaan dan pengakhiran juga takdir Allah. hati. terus kuat. kau dah banyak menangis. tapi kau kena pastikan setiap tangisan adalah proses utk menguatkan kau hari demi hari. mak. adik dah cuba yg terbaik. tapi at the end adik tetap gagal. maafkan adik. mak. doakan yg terbaik untuk adik. sbb adik cuma ada mak ayah. doa mak plg makbul.

Saturday, 28 December 2013

Andai Aku Sudah Tiada

Andai aku sudah tiada,
jangan risau, aku ttp ada dari jauh
walaupun bukan di sisi..
Andai aku sudah tiada,
jangan sedih kerana
kau tetap berada dalam doaku..
Andai aku sudah tiada,
Aku bersyukur kerana kita dipertemukan
walaupun bukan untuk selamanya
Andai aku sudah tiada,
jangan gusar kerana
ada yang lebih baik menunggu
Andai aku sudah tiada,
jangan gusar kerana
aku masih menyinta
walaupun dari jauh..
Andai aku sudah tiada,
Doakan yang terbaik untuk aku
kerana aku jua merinduimu..
Andai aku sudah tiada,
bermaksud aku sudah tidak punya kekuatan
untuk bertahan
Andai aku sudah tiada,
bermakna asa aku sudah tiada
kerana kau lebih layak dengan yang lain
Andai aku sudah tiada,
bermakna aku tidak mampu menggapaimu
kau terlalu tinggi
Andai aku sudah tiada,
kau senyumlah kerana
Allah berikan peluang untuk kau
berubah menjadi lebih baik
Andai aku sudah tiada,
aku sudah puas dan penat mencuba
tapi bukan rezekiku
Andai aku sudah tiada,
aku tidak akan menoleh kebelakang lagi
kerana kau layak dengan yang lebih baik dari aku.
Andai aku sudah tiada,
maafkan aku, aku sudah tidak berdaya.
Andai aku sudah tiada,
perlu redha jika takdir memisahkan
semoga tiada yang tersakiti
Tetapi..
Andai jodoh kita.
berpisah kan bersatu jua akhirnya
untuk selama-lamanya.
Ajal, maut, dan jodoh di tangan Allah..
Semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita.
Amin..

Tuesday, 24 December 2013

unimportant

aku sedih. apa kau tau?
aku sakit, apa kau tau?
ye.
kau xkn pernah ambil kesah.
kerana kau bukan aku.

Wednesday, 2 October 2013

Langit dan Bumi vs Enggang dan Pipit

Tau apa yg dalam hati skrg? Mixed feeling. Kita sekarang bukan macam dulu lagi. Kita dah terlalu berbeza skrg. Allah yg tau kenapa dia takdirkan mcm nie. kenapa kita ditakdirkan bertemu. Mungkin suratan, mungkin jodoh. no one know. I hope you're not gonna change. I hope u still the old u. I scared of people that pretend i'm not important or just no one to them as they getting higher, unreachable by me. I used to. than i'm scared the same thing happen again. I know you're not. U're a good guy. and if u want u can get the best person than me. I hope i can understand. If u wanna me let you go. or giving up. I hope i can understand too. all the best my dear.Its your choice the best for u. as i don't have chance to stand beside u. But, i'm always behind u if u fall i will stay at your back to push u up slowly..  Sorry i have  bad experience about this. I'm just phobia. You know that 'your' girl is strong enough to face this. Allah berikan kekuatan pd sy bertahan selama nie. Not that easy. Everyone wondering why i chose to stay. and they ask me how can i stay, if they were me, they will just leave just like that. Well, i'm just smiled n said to them. Allah met us with someone for A reason. That's why HE let me and you met. Walaupun kita banyak perbezaan dr segala hal. But, Allah tak temukan awak dgn orang yang sama2 keras kepala kan. Allah itu adil. Saya percaya. sabar tu mmg bwk seribu satu keajaiban yg Allah janjikan. Allah tgh siapkn sesuatu yg trbaik utk kita. mgkin satu hari nanti.

Sunday, 8 September 2013

Tuhan Sentiasa Melihat

Kadang2 kita kecewa, sakit, terluka. pd siapa kita perlu mengadu? sebab tak semua kawan sudi bersusah senang dgn kita, kita rasa kehilangan. keseorangan. tapi kita lupa sesuatu. Allah kan ada. setiap yang berlaku ada hikmah. Terkadang Allah cuma nak uji sejauh mana kita kuat. Bg hamba-Nya yg mampu bertahan, mampu bersabar. mampu mengharungi tempoh ujian-Nya, insyaAllah ada sesuatu ganjaran yg Allah sediakn bersama dtgnya dugaan. Allah rindu nak lihat hamba-Nya meminta , menangis, mengadu pada-Nya. Sebab bila kita senang, kita bahagia kita mudah lupa diri. Mudah lupa Allah. Kita jadi tak menghargai/bersyukur dgn apa2 yang Allah dh kurniakan. Semoga kita semua semakin hari  menjadi hamba2-Nya yg baik. Makin berubah ke arah kebaikan.

Wednesday, 24 July 2013

Dugaan

Ya Allah kuatkan aku dalam menghadapi dugaan dr MU.terlalu byk dugaan drpd MU.sesungguhnya aku merasakan aku makin lemah. atau aku perlu berputus asa sahaja?

Monday, 22 July 2013

Kehendak dan Kemahuan

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.

Thursday, 15 November 2012

Untitled

Hai.. lama xupdate kan.. dah byk sawang kot blog nie.. biarkann. huh!
sebenarnya terlalu busy sjk masuk sem 3. sampaikn dr tembam dah kurus balik kot sekarang.. penat wehh amek kos HBP nie.. dh trlmbt nk nyesal. kau yg pilih.. teruskan lah semua nie! ~.~
hidup sekarang?
hm biasa lah.. kadangkala hepi, kdgkala tak. lumrah hidup. tapi sy bahagia hidup di samping kwn2. friends meant too much for me!
k selamat malam! penat. baru sampai Shah Alam. :D

Saturday, 14 July 2012

Dugaan Allah Hanya utk Hamba2-Nya yg KUAT

Terkadang kita sgkakn panas smpi ke ptg.. tp rupanya hujan di tgh hari.. tapi terkadang juga kita xkn dpt menyangka hujan boleh berhenti dan pelangi yg indah menghiasi langit menggantikn titis2 hujan..

Begitu juga dugaan dr Allah.. mungkin jgk dugaan tu lama.. dan mgkin jugak dugaan tu sekejap je.. ape yg kita perlu ingt.. sentiasa dekatkn diri dgn Allah.. jgn tggu dpt dugaan/ masalah baru nk mengadap tikar sembahyang.. tadah tgn berdoa.. ambil pengajaran dr setiap dugaan yg Allah berikn pd kite.. mungkin berguna utk masa hadapan.. dan ingtlah.. kalau kita bersabar.. dugaan tu seberat mana pon.. insyaAllah.. 1 hari nanti Allah akn berikn balasan yg terbaik utk kita.. lebih drpd apa yg kita harapkan.. kuncinya cuma ..


                                                MASA & KESABARAN :)

itu yg aku pegang selama nie.. walaupun aku cepat marah.. atau naik angin.. tp tu cuma mulut yg ikot kata hati yg dipengaruhi syaitan.. tapi.. aku ttp seorang yg penyabar.. dan terkadang org x tau thp kesabaran aku lebih drpd apa yg mereka lihat.. hnya KAU dan aku yg tau ya Allah :) dh terlalu byk nikmat kau berikan kpda aku.. dh trlalu byk doa ku yg KAU makbulkn.. syukur kepada-Mu ^___^
terima kasih kerana memberikan kebahagiaan kpd hamba-Mu ini yg x terhingga dismpg keluarga.. kwn2 & DIA :))